Laporan khas Lynas Karam Singh Walia

Pada 24 Ogos 2011, TV3 menyiarkan laporan bahawa radiasi dari loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan , Pahang tidaklah berbahaya sebagaimana digembar-gemburkan oleh pemimpin PKR. TV3 menyiarkan penjelasan dari saintis iaitu Dr Che Rosli Che Mat dan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli. Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menjelaskan bahawa mereka telah mendapatkan pendapat pakar bidang kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.

11 syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum dipatuhi. Syarat AELB itu akan melambatkan projek itu selama dua tahun. Laporan IAEA tidak perlu kerana tidak melibatkan tenaga nuklear.[2]

Kebimbangan mengenai pencemaran itu disebabkan kes sebelum di mana nadir bumi di Maywood Site, Amerika Syarikat melalui anak sungai yang membawa bahan cemar ke kawasan sekitar.[3]